|
Bahagian 1:
Asas Internet
1-
Anda akan pelajari apakah itu Internet yang anda gunakan sejak
dari dahulu. Selepas anda membaca apakah itu Internet di dalam Ebook
ini, akhirnya tiada lagi persoalan di benak fikiran anda apa
itu Internet yang selama ini asyik dipersoalkan.
Dengan
ayat ditulis secara mudah dan TANPA penggunaan istilah teknikal yang
banyak, anda akan membaca Ebook ini dengan penuh keseronokan dan
pemahaman.
2 -
Anda akan ketahui, bagaimana Internet itu berfungsi. Jika
sebelum ini anda hanya tahu menggunakannya sahaja, kini anda akan tahu,
apakah yang berlaku sebelum sebuah laman web boleh dilayari.
Saya
yakin, walau siapa pun anda, ayat-ayat di dalam Ebook ini amat mudah
difahami. Fahamnya anda mengenai Internet, kini anda semakin seronok
menggunakannya!
3 -
Tulang belakang utama kepada Internet ialah Server. Di dalam Ebook ini,
anda akan melihat dan memahami lebih dekat, apakah itu Server
dan di mana ia diletakkan. Perkara ini saya amat yakin, begitu
ramai yang tidak mengetahuinya.

Setelah
membaca bahagian mengenai Server ini, anda akan faham dan tahu, di mana
sebenarnya terletak laman web anda. Jika sebelum ini anda pernah
mengupload laman web dan hanya tahu mengupload tetapi tidak tahu apa
yang sebenarnya anda lakukan itu, kini semuanya akan terjawab, ke
manakah anda upload File-File laman web tersebut!
Untuk
topik ini, saya yakin ia amat seronok untuk dibaca kerana selain
disaduri dengan ayat-ayat yang mudah difahami, anda juga akan
ditunjukkan rupa-bentuk sebuah Server dengan lebih dekat! Kini tiada
rahsia lagi mengenai perkara ini.
4 - Apakah
itu laman web? Begitu banyak panduan-panduan membina laman web di
Internet, tetapi panduan itu mempunyai satu kekurangan. Mereka tidak
menjelaskan dengan sejelas-jelasnya apakah itu sebenarnya laman web.
Padahal
adalah amat penting untuk anda tahu bagaimana sebuah laman web itu
boleh berfungsi dan bagaimanakah ia boleh berfungsi. Anda berhak untuk
mengetahuinya kerana ia akan memudahkan kerja-kerja anda dalam keadaan
tertentu selain anda boleh tahu apakah itu laman web yang
sebenar-benarnya.
"Adalah
satu kepelikan jikalau anda melakukan sesuatu tetapi
anda tidak tahu apa yang sebenarnya anda lakukan"
Jadi
di dalam panduan ini, anda akan diterangkan apakah itu laman web dan
bagaimana ia terhasil dan dihasilkan dari sudut yang asas. Anda akan
diterangkan bagaimanakah sebuah laman web dihasilkan sehinggalah ia
boleh dilayari (dilawati).

Anda
pernah melihat rajah (diagram) di atas?
Jika
tidak pernah, dapatkan Ebook Panduan Mudah FTP pada hari ini
juga untuk mengetahui bagaimana sebenarnya sesebuah laman web itu boleh
dilayari sepertimana anda melayari laman web ini.
Bagi
sesetengah orang, perkara-perkara di atas teramat tidak diketahui.
Mungkin anda salah seorang daripada mereka. Jadi rungkaikan
persoalan-persoalan ini hari ini juga agar anda tidak ketinggalan
mengenai ilmu IT yang penting juga untuk anda ketahui ini.
5 -
Sebuah laman web terhasil daripada kod-kod HTML contohnya
seperti berikut:

Apakah itu HTML?
HTML
adalah asas kepada laman web. Tanpa HTML, maka tiadalah laman web. Di
dalam Ebook Panduan Mudah FTP ini, anda akan diterangkan secara mudah,
apa itu HTML dan bagaimana cara menghasilkan kod-kod tersebut.
Yang
lebih seronok ialah, anda akan tahu dan melihat, di manakah
File-File HTML ini disimpan agar ia boleh menjadi sebuah laman web dan
boleh diakses oleh sesiapa sahaja.
6 -
Setelah anda memahamai apa itu Internet, Server, laman web dan juga
HTML, kemudian anda akan diterangkan PROSES yang berlaku sebelum
sesebuah laman web boleh dilayari.
Proses 1 --> Proses
2 ---> Laman Web
Mengetahui
hal ini akan memudahkan anda di dalam membina laman web. Ia adalah
perkara asas yang amat jarang didedahkan!
|